Popular posts


Info untuk anda

Memilih PROCESSOR(CPU) yang sesuai dengan penggunaan anda

Labels:




sebelum membeli dan memilih processor,anda perlu mengambil kira beberapa faktor supaya pemilihan yang anda pilih untuk cpu anda kelak adalah tepat.

Apa yang perlu anda fikirkan sebelum membuat pembelian/pemilihan processor ;-

  • Jimat Wang,Anda boleh menjimat wang anda jika anda membeli processor yang sesuai untuk anda.
  • Anda tidak memerlukan processor yang "power" jika anda hanya menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kerja2 yang ringan seperti menaip dan sebagainya.Misalnya,anda membeli sebuah processor "power" dan sangat sesuai untuk penggunaan Games Komputer..namun anda hanya guna komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip,adakah harus anda membeli processor yang lebih mahal padahal anda hanya menggunakan komputer itu hanya untuk kerja yang ringan-ringan sahaja?Tentu sekali merugikan.
  • Jika anda melakukan pembelian yang betul,tidak akan berlaku masalah ketidaksesuaian pada soket cpu anda...setiap processer ada yang berlainan soket.contoh soket cpu 478,775,370,soket A dan sebagainya.Rujuk disini.
Untuk Memastikan anda memilih processor yang betul mengikut kesesuaian dan penggunaan anda:
  • Kenal pasti jenis dan soket processor motherboard anda,anda boleh minta bantuan perkerja kedai komputer untuk memastikan jenis dan soket processor tersebut sesuai dengan motherboard anda.
  • Beli processer yang anda rasa sesuai dengan penggunaan anda,jika anda minta bermain permainan komputer yang besar seperti warcraft,startcraft dan sebagainya,anda memerlukan processor yang "power" dan boleh menampung permainan tersebut...jika anda menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip dan kerja2 ringan..anda tidak memerlukan processor yang begitu berkuasa.Dan wang anda boleh dijimatkan!
  • Minta pandangan dari mereka yang berpengetahuan mengenai komputer,namun harus sentiasa berhati2.jangan plak tertipu! :) Adalah lebih baik anda meminta pandangan dari beberapa rakan2 yang berpengetahuan mengenai komputer ini,supaya anda boleh memilih mana satu yang anda rasa betul dan sesuai.

Acer Aspire 1

Acer Aspire 1
# SELAMAT DATANG KE HALAMAN ICT SKPTLDM # SEMOGA ILMU YANG BAIK DAPAT DIKONGSI BERSAMA #
Dikuasakan oleh Blogger.

Hp pavilion TX1200t

Hp pavilion TX1200t

Archive for Jun 2011

Keyboard (papan kekunci)

Rabu, 29 Jun 2011
Posted by skptldm1
Peranti yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan data.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

a) menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci yang ditekan.

b) bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.

c) mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.

d) menyimpan secara sementara atau “menimbal”input jka kekunci ditaip terlalu pantas.


Penyusunan
papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

Bagaimana pula komputer menerima data dari kekunci?

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan pengimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.



Mouse (Tetikus)

Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -

  1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
  2. Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
  3. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
  4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Kebaikan tetikus

  • Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
  • Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
  • Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci secara berkala.
  • Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.

Keburukan tetikus

  • Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
  • Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan tekanan kepada pergelangan tangan.
  • Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat.

Cpu


Fungsi CPU - CPU adalah singkatan dari Central Processing Unit merupakan perangkat keras komputer yang juga disebut sebagai Unit Pengolah Pusat (UPP) pada komputer. Fungsi CPU sendiri adalah sebagai kalkulator, cuma perbedaaan antara CPU dan kalkulator, dimana CPU ini lebih kuat daya pemerosesnya bila dibandingkan dengan kalkulator biasa.

Adapun fungsi utama CPU adalah melakukan berbagai operasi, termasuk operasi aritmatika dan logika terhadap data yang datang dari memori atau informasi yang dimasukkan melalui perangkat keras, seperti papan ketik (Keyboard), pemindai, tuas kontrol, maupun tetikus.

CPU dikontrol menggunakan sekumpulan instruksi perangkat lunak komputer. Perangkat lunak tersebut dapat dijalankan oleh CPU dengan membacanya dari media penyimpan, seperti cakram keras, disket, cakram padat, maupun pita perekam. Instruksi-instruksi tersebut kemudian disimpan terlebih dahulu pada memori fisik (RAM), yang mana setiap instruksi akan diberi alamat unik yang disebut alamat memori. Selanjutnya, CPU dapat mengakses data-data pada RAM dengan menentukan alamat data yang dikehendaki.

Saat sebuah program dieksekusi, data mengalir dari RAM ke sebuah unit yang disebut dengan bus, yang menghubungkan antara CPU dengan RAM. Data kemudian didekode dengan menggunakan unit proses yang disebut sebagai pendekoder instruksi yang sanggup menerjemahkan instruksi. Data kemudian berjalan ke unit aritmatika dan logika (ALU) yang melakukan kalkulasi dan perbandingan.

Data bisa jadi disimpan sementara oleh ALU dalam sebuah lokasi memori yang disebut dengan register supaya dapat diambil kembali dengan cepat untuk diolah. ALU dapat melakukan operasi-operasi tertentu, meliputi penjumlahan, perkalian, pengurangan, pengujian kondisi terhadap data dalam register, hingga mengirimkan hasil pemrosesannya kembali ke memori fisik, media penyimpan, atau register apabila akan mengolah hasil pemrosesan lagi. Selama proses ini terjadi, sebuah unit dalam CPU yang disebut dengan penghitung program akan memantau instruksi yang sukses dijalankan supaya instruksi tersebut dapat dieksekusi dengan urutan yang benar dan sesuai.

Monitor


Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri. Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.

Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT

Sejarah Monitor

Istilah "mod paparan" merujuk kepada ciri-ciri paparan komputer, khususnya bilangan warna maksimum dan peleraian imej maksimum (dalam piksel lintang dan piksel lajur). Terdapatnya banyak mod paparan yang boleh di dapati dalam sistem komputer peribadi pada hari ini.

Paparan komputer peribadi yang terawal merupakan Monitor monokrom yang digunakan untuk pemproses kata dan sistem komputer berdasarkan teks pada dekad 1970-an. Pada tahun 1981, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA). Sistem paparan ini berupaya memberikan empat warna, dan mempunyai peleraian maksimum 320 piksels datar dan 200 piksel tegak. Walaupun CGA mencukupi untuk kegunaan permainan komputer yang mudah seperti permainan solitaire dan permainan dam, ia tidak mencukupi untuk pemprosesan kata, penerbitan atas meja ataupun penggunaan grafik yang canggih.

Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna yang berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350. Ini memperbaiki kelihatannya berbanding paparan yang lebih awal, dan memungkinan pembacaan teks dengan mudah. Bagaimanapun, EGA tidak memberikan peleraian imej yang mencukupi untuk kegunaan-kegunaan tahap tinggi seperti reka bentuk grafik dan penerbitan atas meja. Mod ini kini sudah usang, walaupun ia kekadang masih boleh didapati di pemprosesan lama dan komputer peribadi di rumah kediaman.

Pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem paparan Tatasusunan Grafik Video (VGA). Kini, ini telah merupakan piawai minimum yang dapat diterima untuk komputer peribadi. Peleraian maksimum tergantung kepada bilangan warna yang dipaparkan. Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.

Pada tahun 1990, IBM memperkenalkan sistem paparan Tatasusunan Grafik Terluas (XGA) sebagai waris untuk paparan 8514/A. Versi yang berikut, iaitu XGS-2, memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta warna) dan peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna. Kedua-dua tahap peleraian imej ini mungkin merupakan jenis yang terpopular di kalangan individu dan perniagaan kecil pada hari ini.

Persatuan Piawai-Piawai Elektronik Video (VESA) telah mengasaskan antara muka pengaturcaraan piawai untuk paparan Tatasusunan Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA ("VESA BIOS Extension"). Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna, tergantung kepada jumlah ingatan video yang tersedia dalam sesuatu komputer yang akan menghadkan bilangan warna yang dapat dipaparkan. Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan tegak.

Baru-baru ini, spefikasi-spefikasi baru telah muncul. Ini termasuk Tatasusunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Tatasusunan Grafik Terluas Ultra (UXGA). Spesifikasi SXGA biasa digunakan untuk merujuk kepada skrin-skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024; UXGA merujuk kepada peleraian 1600 x 1200. Pada hari ini, spesifikasi yang lama (VGA and SVGA) sering digunakan untuk rujukan kepada keupayaan peleraian tipikal.

Copy paste dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Monitor


Kamera dslr nikon

Posted by skptldm1
Nikon d60
Nikon d90
Nikon d90
Nikon d3000
nikon d3000


Setelah google jumpalah gambar kamera dslr nikon nih.Saya tak upload banyak cuma ada tiga model sahaja. Banyak lagi model nikon ni sebenarnya..ada nikon d70 , d5000. uhh kalau nak cerita pasai dlsr nih empat hari empat malam pon tak habis hehe. Selepas melihat kawan-kawan seangkatan semua menceburi bidang photographer nih saya pun rasa macam berminat tapi tak mampu lagi nak beli kamera sendiri. Setakat ini saya cuma pinjam kamera suami sahaja. Apa pun tak rugi memiliki gadjet sebegini. Berguna juga untuk sebarang majlis kat sekolah. Ok layan la gambarnya dulu yer...

Samsung galaxy tab & ipad

Posted by skptldm1

Apple ipad disebelah kiri dan ditengah adalah samsung galaxy tab

Perbandingan ipad dan galaxy tab. mana satu idaman kalbu hmmm...

galaxy tab...sangat bergaya