Popular posts


Info untuk anda

Memilih PROCESSOR(CPU) yang sesuai dengan penggunaan anda

Labels:




sebelum membeli dan memilih processor,anda perlu mengambil kira beberapa faktor supaya pemilihan yang anda pilih untuk cpu anda kelak adalah tepat.

Apa yang perlu anda fikirkan sebelum membuat pembelian/pemilihan processor ;-

  • Jimat Wang,Anda boleh menjimat wang anda jika anda membeli processor yang sesuai untuk anda.
  • Anda tidak memerlukan processor yang "power" jika anda hanya menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kerja2 yang ringan seperti menaip dan sebagainya.Misalnya,anda membeli sebuah processor "power" dan sangat sesuai untuk penggunaan Games Komputer..namun anda hanya guna komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip,adakah harus anda membeli processor yang lebih mahal padahal anda hanya menggunakan komputer itu hanya untuk kerja yang ringan-ringan sahaja?Tentu sekali merugikan.
  • Jika anda melakukan pembelian yang betul,tidak akan berlaku masalah ketidaksesuaian pada soket cpu anda...setiap processer ada yang berlainan soket.contoh soket cpu 478,775,370,soket A dan sebagainya.Rujuk disini.
Untuk Memastikan anda memilih processor yang betul mengikut kesesuaian dan penggunaan anda:
  • Kenal pasti jenis dan soket processor motherboard anda,anda boleh minta bantuan perkerja kedai komputer untuk memastikan jenis dan soket processor tersebut sesuai dengan motherboard anda.
  • Beli processer yang anda rasa sesuai dengan penggunaan anda,jika anda minta bermain permainan komputer yang besar seperti warcraft,startcraft dan sebagainya,anda memerlukan processor yang "power" dan boleh menampung permainan tersebut...jika anda menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip dan kerja2 ringan..anda tidak memerlukan processor yang begitu berkuasa.Dan wang anda boleh dijimatkan!
  • Minta pandangan dari mereka yang berpengetahuan mengenai komputer,namun harus sentiasa berhati2.jangan plak tertipu! :) Adalah lebih baik anda meminta pandangan dari beberapa rakan2 yang berpengetahuan mengenai komputer ini,supaya anda boleh memilih mana satu yang anda rasa betul dan sesuai.

Acer Aspire 1

Acer Aspire 1
# SELAMAT DATANG KE HALAMAN ICT SKPTLDM # SEMOGA ILMU YANG BAIK DAPAT DIKONGSI BERSAMA #
Dikuasakan oleh Blogger.

Hp pavilion TX1200t

Hp pavilion TX1200t
skptldm1 On Selasa, 11 Ogos 2009

Elakkan diri dari menjadi mangsa penjenayah siber!
Posted by E_peace6679 Labels: Info Komputer

Setiap Hari hampir berpuluh-puluh pengguna komputer menjadi mangsa penggodam.Perkara ini harus diambil berat oleh semua pihak supaya kes-kes kecurian identiti,akaun,maklumat-maklumat peribadi tidak berterusan berlaku.Siapa yang salah dalam kes ini?sudah tentu Penjenayah Siber.Namun kita tidak seharusnya menyalahkan kesalahan ini 100% kepada penjenayah siber kerana kesalahan ini sendiri adalah dari kelalaian kita sendiri...Masih ada daripada kita pengguna internet lalai dengan pemasangan fungsi2 keselamatan contohnya penggunaan antivirus.
Penggunaan Antivirus adalah amat penting untuk melindungi komputer/Laptop anda dari ancaman virus serta jenayah siber.Terdapat banyak antivirus yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.Lihat disini.

Perisian-perisian jahat yang perlu kita elakkan ialah :

Spam
- Menghantar email yang tidak diundang dalam kuantiti yang banyak dan tidak berterusan contohnya Iklan internet.(Anda dinasihatkan supaya tidak memaparkan email anda dimana2 lamanweb untuk mengelak email anda dipungut untuk dijadikan mangsa Spam)

Adware
- Memaparkan iklan-iklan di skrin komputer anda.(Terdapat juga perisian-perisian percuma yang anda download dari internet diselitkan Adware ini oleh pembangun perisian tersebut untuk kepentingannya sendiri.)

Trojan
-Keylogger,mencuri kata laluan.(merakam segala apa yang mangsa taip seperti id dan kata laluan)

Spyware
- Mengutip segala maklumat yang terdapat dalam komputer si mangsa.(Lengkapkan juga komputer anda dengan perisian Anti Spyware.)

Dialer
-Melencongkan sambungan "dail-up" ke nombor yang dikenakan caj yang tinggi.(Penjenayah Siber kerap melakukan ini untuk mendapat keuntungan dari jenayah yang dilakukannya)

Bots
- Mengawal komputer mangsa melalui jarak jauh.

Phishing
-Laman web palsu yang direka untuk mencuri kata laluan dan id mangsa.(Cara ini sering dilakukan dengan mengirim sepucuk email yang kononnya dari bank.)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments