Popular posts


Info untuk anda

Memilih PROCESSOR(CPU) yang sesuai dengan penggunaan anda

Labels:




sebelum membeli dan memilih processor,anda perlu mengambil kira beberapa faktor supaya pemilihan yang anda pilih untuk cpu anda kelak adalah tepat.

Apa yang perlu anda fikirkan sebelum membuat pembelian/pemilihan processor ;-

  • Jimat Wang,Anda boleh menjimat wang anda jika anda membeli processor yang sesuai untuk anda.
  • Anda tidak memerlukan processor yang "power" jika anda hanya menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kerja2 yang ringan seperti menaip dan sebagainya.Misalnya,anda membeli sebuah processor "power" dan sangat sesuai untuk penggunaan Games Komputer..namun anda hanya guna komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip,adakah harus anda membeli processor yang lebih mahal padahal anda hanya menggunakan komputer itu hanya untuk kerja yang ringan-ringan sahaja?Tentu sekali merugikan.
  • Jika anda melakukan pembelian yang betul,tidak akan berlaku masalah ketidaksesuaian pada soket cpu anda...setiap processer ada yang berlainan soket.contoh soket cpu 478,775,370,soket A dan sebagainya.Rujuk disini.
Untuk Memastikan anda memilih processor yang betul mengikut kesesuaian dan penggunaan anda:
  • Kenal pasti jenis dan soket processor motherboard anda,anda boleh minta bantuan perkerja kedai komputer untuk memastikan jenis dan soket processor tersebut sesuai dengan motherboard anda.
  • Beli processer yang anda rasa sesuai dengan penggunaan anda,jika anda minta bermain permainan komputer yang besar seperti warcraft,startcraft dan sebagainya,anda memerlukan processor yang "power" dan boleh menampung permainan tersebut...jika anda menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip dan kerja2 ringan..anda tidak memerlukan processor yang begitu berkuasa.Dan wang anda boleh dijimatkan!
  • Minta pandangan dari mereka yang berpengetahuan mengenai komputer,namun harus sentiasa berhati2.jangan plak tertipu! :) Adalah lebih baik anda meminta pandangan dari beberapa rakan2 yang berpengetahuan mengenai komputer ini,supaya anda boleh memilih mana satu yang anda rasa betul dan sesuai.

Acer Aspire 1

Acer Aspire 1
# SELAMAT DATANG KE HALAMAN ICT SKPTLDM # SEMOGA ILMU YANG BAIK DAPAT DIKONGSI BERSAMA #
Dikuasakan oleh Blogger.

Hp pavilion TX1200t

Hp pavilion TX1200t
skptldm1 On Selasa, 15 September 2009




























Sedang hebat diperkatakan, kemuculan sistem operasi(OS) baru daripada Microsoft iaitu Windows 7 yang dikatakan memperbaiki dan meningkatkan kuasa PC anda.Benarkah perkara ini atau sekadar satu idea yang digembargemburkan oleh Microsoft, itu anda kena cuba sendiri. Apa yang pastinya, Microsoft cukup yakin menyatakan ia adalah apa yang pengguna mahukan kerana mampu mengurangkan masa menunggu, mengurangkan keperluan ‘klik’, mengurangkan perkara kompleks, dan akhirnya lahirlah PC yang dipermudahkan. Windows 7 sebelum ini dikenali dengan nama Blackcomb atau Vienna dan kini menjadi versi terkini Microsoft Windows untuk diperkenalkan pada komputer peribadi termasuk komputer meja kediaman dan bisnes, komputer riba, PC tablet, Netbook dan PC pusat media. Pada 2007, ia dianggarkan akan melalui bingkai kerja pembangunan tiga tahun selepas Windows Vista. Namun, tarikh pengeluaran adalah bergantung kepada kualiti produk yang dihasilkan.

Jika hendak dibandingkan Windows 7 dengan OS terdahulu, ia disifatkan sebagai penambahan bagi rangkaian Windows dan direka agar serasi semua aplikasi serta perkakasan yang sebelum ini serasi Windows Vista. Antaranya sokongan multi-sentuh, Taskbar baru dengan rekaan lebih mesra pengguna, sistem rangkaian kediaman HomeGroup dan peningkatan kecekapan. Windows Movie Maker dan Windows Photo Gallery pada OS sebelum ini tidak didatangkan bersama Windows 7, namun ditawarkan berasingan sebagai Freeware sut Windows Live Essential.


Di Mana Ia Bermula?

Menyentuh sedikit sejarah pembangunan Windows 7, ia bermula sebagai OS kod nama Blackcomb. Perancangannya untuk dikeluarkan selepas Windows XP dan Windows Server 2003. Banyak fungsi besar direka untuk Blackcomb termasuk penekanan carian, permohonan data dan sistem storan dimajukan yang diberi nama WinFS. Bagaimanapun OS sementara
dengan nama kod Longhorn yang diperkenalkan terlebih dahulu pada 2003 menyebabkan pembangunan Blackcomb ditangguh. Menjelang pertengahan tahun 2003, Longhorn pula menampilkan beberapa ciri yang asalnya direka untuk Blackcomb.

Jika anda pernah mendengar tiga serangan virus besar pada sekitar tahun 2003, ia sebenarnya telah melemahkan OS Windows ini hanya dalam jangkamasa pendek. Kerana itu Microsoft menukar keutamaan pembangunan dengan menangguh pula beberapa kerja pembangunan besar Longhorn sementara pembangunan pek servis baru untuk Windows XP dan Windows Server 2003 dijalankan. Pembangunan Longhorn untuk Windows Vista selepas itu juga ditangguhkan sekali lagi pada September 2004 dengan membuang beberapa ciri seperti WinFS untuk memastikan projek itu dapat disiapkan untuk keluaran 2006. Selepas itu barulah Blackcomb yang dinamakan semula sebagai Vienna mula dibangunkan pada 2006 dan kemudian
dinamakan pula sebagai Windows 7 pada 2007. Tahun lalu, diumumkan bahawa Windows 7 akan menjadi nama rasmi sistem operasi Microsoft dan ia juga dikatakan OS terlengkap setakat ini bagi sistem operasi Windows.

sumber: http://www.karangkraf.com.my/E-Majalah/ ... ories=MPC4

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments