Popular posts


Info untuk anda

Memilih PROCESSOR(CPU) yang sesuai dengan penggunaan anda

Labels:




sebelum membeli dan memilih processor,anda perlu mengambil kira beberapa faktor supaya pemilihan yang anda pilih untuk cpu anda kelak adalah tepat.

Apa yang perlu anda fikirkan sebelum membuat pembelian/pemilihan processor ;-

  • Jimat Wang,Anda boleh menjimat wang anda jika anda membeli processor yang sesuai untuk anda.
  • Anda tidak memerlukan processor yang "power" jika anda hanya menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kerja2 yang ringan seperti menaip dan sebagainya.Misalnya,anda membeli sebuah processor "power" dan sangat sesuai untuk penggunaan Games Komputer..namun anda hanya guna komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip,adakah harus anda membeli processor yang lebih mahal padahal anda hanya menggunakan komputer itu hanya untuk kerja yang ringan-ringan sahaja?Tentu sekali merugikan.
  • Jika anda melakukan pembelian yang betul,tidak akan berlaku masalah ketidaksesuaian pada soket cpu anda...setiap processer ada yang berlainan soket.contoh soket cpu 478,775,370,soket A dan sebagainya.Rujuk disini.
Untuk Memastikan anda memilih processor yang betul mengikut kesesuaian dan penggunaan anda:
  • Kenal pasti jenis dan soket processor motherboard anda,anda boleh minta bantuan perkerja kedai komputer untuk memastikan jenis dan soket processor tersebut sesuai dengan motherboard anda.
  • Beli processer yang anda rasa sesuai dengan penggunaan anda,jika anda minta bermain permainan komputer yang besar seperti warcraft,startcraft dan sebagainya,anda memerlukan processor yang "power" dan boleh menampung permainan tersebut...jika anda menggunakan komputer anda tersebut hanya untuk kegunaan menaip dan kerja2 ringan..anda tidak memerlukan processor yang begitu berkuasa.Dan wang anda boleh dijimatkan!
  • Minta pandangan dari mereka yang berpengetahuan mengenai komputer,namun harus sentiasa berhati2.jangan plak tertipu! :) Adalah lebih baik anda meminta pandangan dari beberapa rakan2 yang berpengetahuan mengenai komputer ini,supaya anda boleh memilih mana satu yang anda rasa betul dan sesuai.

Acer Aspire 1

Acer Aspire 1
# SELAMAT DATANG KE HALAMAN ICT SKPTLDM # SEMOGA ILMU YANG BAIK DAPAT DIKONGSI BERSAMA #
Dikuasakan oleh Blogger.

Hp pavilion TX1200t

Hp pavilion TX1200t

Keceriaan Pusat Akses

Ahad, 29 Julai 2012
Posted by skptldm1
bahagian hadapan (komputer guru)

hiasan papan kenyataan



hiasan hari raya



Kepakaran dan kretiviti pengawas Ict akan digunakan untuk menceriakan lagi pusat akses dan makmal sekolah.



Pusat Akses dulu dan kini

Ruang Informasi (dahulu)
 Di tubuhkan pada tahun 2002, Pusat akses dibekalkan dengan 10 buah komputer yang dilengkapi talian internet untuk kegunaan guru, murid, staf sokongan dan juga ibu bapa. Pada awal pembinaannya internet tidak berfungsi dengan baik. Alhamdulillah pada tahun 2008, Pusat Akses telah berfungsi dengan penggunaan yang sepenuhnya.
Ruang Informasi Tahun 2012

Set komputer yang telah di 'upgrade'

Mural di Makmal Sekolah

Rabu, 7 Mac 2012
Posted by skptldm1
Hasil lukisan mural di makmal sekolah.. gabungan warna-warna ceria..

Pusat Akses Terbaru

Ahad, 7 Ogos 2011
Posted by skptldm1





Baru-baru ini perkakasan komputer seperti monitor, mouse, keyboard, ram dan motherboard telah ditukar. Pusat Akses telah bertukar rupa. Jom layan monitor baru pusat akses

Keyboard (papan kekunci)

Rabu, 29 Jun 2011
Posted by skptldm1
Peranti yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan data.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

a) menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci yang ditekan.

b) bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.

c) mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.

d) menyimpan secara sementara atau “menimbal”input jka kekunci ditaip terlalu pantas.


Penyusunan
papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.

Bagaimana pula komputer menerima data dari kekunci?

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan pengimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.



Mouse (Tetikus)

Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.

Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -

  1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
  2. Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
  3. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
  4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

Kebaikan tetikus

  • Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
  • Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
  • Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci secara berkala.
  • Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.

Keburukan tetikus

  • Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
  • Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan tekanan kepada pergelangan tangan.
  • Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat.

Cpu


Fungsi CPU - CPU adalah singkatan dari Central Processing Unit merupakan perangkat keras komputer yang juga disebut sebagai Unit Pengolah Pusat (UPP) pada komputer. Fungsi CPU sendiri adalah sebagai kalkulator, cuma perbedaaan antara CPU dan kalkulator, dimana CPU ini lebih kuat daya pemerosesnya bila dibandingkan dengan kalkulator biasa.

Adapun fungsi utama CPU adalah melakukan berbagai operasi, termasuk operasi aritmatika dan logika terhadap data yang datang dari memori atau informasi yang dimasukkan melalui perangkat keras, seperti papan ketik (Keyboard), pemindai, tuas kontrol, maupun tetikus.

CPU dikontrol menggunakan sekumpulan instruksi perangkat lunak komputer. Perangkat lunak tersebut dapat dijalankan oleh CPU dengan membacanya dari media penyimpan, seperti cakram keras, disket, cakram padat, maupun pita perekam. Instruksi-instruksi tersebut kemudian disimpan terlebih dahulu pada memori fisik (RAM), yang mana setiap instruksi akan diberi alamat unik yang disebut alamat memori. Selanjutnya, CPU dapat mengakses data-data pada RAM dengan menentukan alamat data yang dikehendaki.

Saat sebuah program dieksekusi, data mengalir dari RAM ke sebuah unit yang disebut dengan bus, yang menghubungkan antara CPU dengan RAM. Data kemudian didekode dengan menggunakan unit proses yang disebut sebagai pendekoder instruksi yang sanggup menerjemahkan instruksi. Data kemudian berjalan ke unit aritmatika dan logika (ALU) yang melakukan kalkulasi dan perbandingan.

Data bisa jadi disimpan sementara oleh ALU dalam sebuah lokasi memori yang disebut dengan register supaya dapat diambil kembali dengan cepat untuk diolah. ALU dapat melakukan operasi-operasi tertentu, meliputi penjumlahan, perkalian, pengurangan, pengujian kondisi terhadap data dalam register, hingga mengirimkan hasil pemrosesannya kembali ke memori fisik, media penyimpan, atau register apabila akan mengolah hasil pemrosesan lagi. Selama proses ini terjadi, sebuah unit dalam CPU yang disebut dengan penghitung program akan memantau instruksi yang sukses dijalankan supaya instruksi tersebut dapat dieksekusi dengan urutan yang benar dan sesuai.